Selasa, 01 Maret 2011

19 Hadist Rasulullah SAW mengenaiwanitaOleh Eka Kurniawan Atd

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah s. a. w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-
sia".
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah s. w. t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.
t. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s. w. t.
4. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-
dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s. w. t. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s. w. t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s. w. t. dan orang yang
takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.
w. t. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah s. a. w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
Rasulullah s. a. w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah s. a. w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-
anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
s. a. w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.
19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang
diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."
25 Juni 2010 jam 4:25 · 7 · Tidak Suka ·
Hapus · Sunting

Tidak ada komentar:

Posting Komentar